Hiburan Sensasi Terkini

Zulin Aziz Kongsi Cerita Pernah Didera Pambantu Rumah

BEBERAPA hari lalu kecoh berita mengenai seorang majikan wanita hanya dikenakan hukuman ringan setelah mendera pembantu rumahnya sehingga mendatangkan kecederaan parah.

Keputusan mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun kepada tertuduh serta bayaran jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dikatakan tidak setimpal dengan apa yang dilakukan wanita berkenaan.

Keratan berita daripada BH Online mengenai kes majikan dera amah.

Ini merupakan salah satu kes majikan mendera pembantu rumah atau amah. Ianya tidaklah asing kerans sebelum ini pun, kita sering melihat berita-berita seperti ini berlaku.

Bagaimanapun, pelakon dan juga penyampai radio Zulin Aziz berkongsi pengalaman hitam yang agak berbeza.

Berkongsi kisah di Twitter, Zulin memberitahu dia pernah mengalami nasib yang sama. Namun apa yang berbeza, dia didera oleh pembantu rumah keluarganya.

Menurut Zulin, pengalamannya didera begitu menakutkan. Kepalanya pernah dihantuk, dipukul dengan penyapu serta dipaksa tidur di dalam bilik air meskipun tiada membuat sebarang kesalahan.

Tambah Zulin, dia pernah mengadu kejadian itu kepada keluarga, malangnya ia tidak dipedulikan kerana masih kecil.

Mujurlah ada jirannya yang menjadi saksi kejadian dan menceritakannya kepada bapa Zulin. Akhirnya pembantu rumah tersebut telah dihalau dari rumah.

Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Zulin ialah setiap orang tidak kira majikan, pembantu rumah mahupun sesiapa sahaja perlu bijak mengawal emosi agar ianya tidak mencetus insiden yang boleh menyakiti atau menganiaya manusia lain. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.