Hiburan Sensasi Terkini

Zulin Aziz Akhirnya Bergelar Penyanyi

Gelagatnya sentiasa mencuit hati. Seringkali menghiburkan peminat dengan caranya yang tersendiri sehingga tidak kering gusi dibuatnya.

Itulah dia pelakon, pengacara dan kini bergelar penyanyi pula, Zulin Aziz atau nama penuhnya Farah Azleenda Abd Aziz.

Paling ‘best’ tentang pelakon ini ialah kebolehannya dalam mengajuk suara artis dan selebriti. Malah suara Dato Siti Nurhaliza juga dia mampu ajuk.

Bakat luar biasa yang ada padanya diperluaskan lagi dengan menjadi penyanyi rakaman. Baru-baru ini impian Zulin untuk bergelar penyanyi akhirnya tertunai.

Pernah satu ketika dulu apabila ditanya apakah hobinya lantas dijawab dengan selamba menyanyi dalam bilik air. Akhirnya hobi itu membawa dia ke satu tahap lagi dalam industry hiburan tanah air.

Sebenarnya sudah ramai yang tahu pelakon ini boleh menyanyi kerana dia sering memuatnaik video nyanyiannya di Instagram. Jangan tak tahu, setiap kali dia menyanyi, dia akan mendapat sambutan meriah daripada pengikut dan peminatnya.

Kini, “Terbiar” adalah single pertama Zulin yang membawa genre bossa balada. Lagu ini adalah hasil ciptaan  Aiyad Sakti dan Ijoo Omar. Jadi, selepas ini Zulin bolehlah menyanyi lagu sendiri di Instagramnya.-KLICK.MY