Hiburan Sensasi Terkini

Zul Ariffin Masuk Wad, Peminat Doakannya Agar Cepat Sembuh

Dalam entri terbaru pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin di laman Instagram miliknya, dia memuat naik sekeping gambar menunjukkan dirinya sedang menonton televisyen di atas katil di dalam wad.

Gambar tersebut hanya menunjukkan tangan yang sedang memegang alat kawalan jauh televisyen tanpa menjelaskan apa-apa selain mengajak peminat-peminat menonton televisyen.

Tidak diketahui apakah masalah kesihatan yang dialaminya. Namun rata-rata peminat mendoakan agar diriya cepat sembuh.

Malah ada juga yang tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada pelakon filem J Relovusi sehingga dia dimasukkan ke dalam wad.

Apapun, semoga pelakon kegilaan ramai ini cepat sembuh. –KLICK.MY