Hiburan Sensasi Terkini Viral

Zul Ariffin Bakal Saman Rakan Kongsi Perniagaan

Kerjasama yang diharapkan dapat dikongsi sama rata tidak menjadi buat pelakon kacak, Zul Ariffin. Hal itu terjadi kerana rakan kongsinya gagal melunaskan bayaran seperti yang dijanjikan.

Tambah hero filem J Revolusi ini, dalam perjanjian awal dengan pihak terbabit, dia sepatutnya mendapat sejumlah bayaran untuk setiap penjualan jubah eksklusif jenama tersebut.

Walaupun tidak mengeluarkan sebarang modal namun segala komitmen sudah diberikan demi menjayakan usahasama itu. Tambah Zul lagi, dia turut menerima pelbagai alasan atas kegagalan pembayaran tersebut dan merasa tertipu dan teraniaya.

Berikutan itu, kata Zul, dia bakal mengambil tindakan undang-undang dan kini dalam proses mengumpulkan bahan bukti.-KLICK.MY