Hiburan Terkini Viral

Zizan Razak Bakal Sambut Syawal Di Tanah Suci Kali Kedua

Sesekali beraya di negara orang menarik juga. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat suasana dan perbezaan hari raya selain di Malaysia.

Bagi Zizan Razak, dia memilih untuk menyambut hari raya di Tanah Suci Makkah. Menurutnya, kalau perancangannya itu diizinkan, ini adalah kali kedua dia beraya di sana.

Pada tahun lepas Zizan buat kali pertamanya merasai suasana beraya di Makkah dan keseronokan itu membuatkan dia mahu beraya sekali lagi di sana.

Selain beraya di sana, Zizan juga akan melakukan ibadah Umrah terutamanya 10 malam terakhir Ramadan.
Menurutnya, dia akan berangkat ke sana pada 14 Jun sehingga 2 Syawal. Zizan menganggap Makkah juga tempat terbaik untuk bercuti.

“Selain meningkatkan ketakwaan dan keimanan dalam setiap ibadat dilakukan saya juga sentiasa berasa amat tenang apabila berada di Makkah dan akan gunakan setiap peluang beribadah dengan sebaik-baiknya,” jelasnya.

Bertuah Zizan kerana dapat menyambut Syawal dan merasai suasan hari raya di sana. Dengar kata, sambutan hari raya di sana agak berbeza sedikit dengan sambutan di Malaysia.

Namun, 1 Syawal tetap diraikan sempena kemanangan umat Islam menghadapi dan mengharungi ujian pada bulan Ramadan. –KLICK.MY