Hiburan Sensasi

Ziana Zain Tewas Dengan Emosi, Menangis Ketika Persembahan

SEKIAN lama mendiamkan diri dari memberi komen mengenai kes mahkamah suaminya, penyanyi Ziana Zain tewas dengan mainan emosi ketika membuat persembahan di sebuah hotel terkemuka, awal pagi ini.

Ketika persembahan berlangsung, Ziana terdiam seketika sewaktu menyanyikan lagu Puncak Kasih lantas air matanya menitis namun ditenangkan oleh penonton yang memahami gelojak rasanya.

Saat itu, dia tidak dapat meneruskan nyanyian dan membiarkan muzik terpasang. Penonton berusaha membantunya menyanyikan lagu berkenaan.

“I’m strong. Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena ‘move on’ dan teruskan kerjaya,” demikian katanya.

Selepas kejadian suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri didakwa di mahkamah atas tuduhan mencederakan anak mereka, Ziana meminta diberikan ruang dari memberikan sebarang kenyataan berhubung isu itu.

Armin didakwa pada 6 Mac lalu atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari lalu.

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Armin, 53, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, Armin yang tidak berkerja, didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan itu dilakukan di rumahnya di Denai Alam pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berikutan itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 326A KK. –KLICK.MY

Sumber: Harian Metro

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.