Hiburan

Ziana Zain Dedah Suami Pernah Cilikan Kemaluan Anak Kembar

TIDAK tahan lagi untuk menyimpan perkara sebenar, akhirnya penyanyi terkenal, Ziana Zain mendedahkan kisah sebenar yang terjadi dalam rumah tangganya.

Hampir dua bulan kes suaminya, Armin Zaharin yang didakwa mencederakan anak berlalu.

Dalam sebuah sidang media khas, Ziana memberitahu dia tidak dapat menahan sabar dengan sikap suaminya yang kononnya ingin ‘mengajar’ anak sehingga mendatangkan kecederaaan pada anak-anaknya.

Ziana menjelaskan anak-anaknya pernah teruk dipukul oleh Armin sehingga menyebabkan muka anaknya lebam dan lebih parah tangan anaknya itu ‘pecah’ kerana dirotan.

Menurut Ziana dalam keadaan hiba, anak kembarnya Muhammad Ariel yang ketika itu berusia tiga tahun pernah dicilikan kemaluan dan duburnya oleh Armin.

Bukan itu saja, Ziana mendedahkan suaminya juga pernah mengambil dadah dan kes anak-anaknya dicederakan adalah faktor utama mengapa dia ingin memfailkan perceraian.

Ziana turut mengaku dia sudah tidak tahan dengan sikap Armin yang panas baran dan cukup mengenali siapa Armin sebenarnya selepas tinggal bersama selama 20 tahun.

Hasrat penyanyi Ziana Zain untuk bercerai secara baik dengan Armin Zaharin tidak kesampaian apabila suaminya itu membangkitkan soal anak-anak mereka.

Sementara itu, mStar Online melaporkan Armin memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, dia hanya akan bersetuju melafazkan cerai terhadap Ziana sekiranya dia dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

 “Saya bersetuju untuk bercerai dengan baik tetapi dengan syarat saya dibenarkan untuk bertemu anak-anak saya.

“Sejak Mac lalu saya langsung tidak dapat bertemu mereka dan berharap perkara itu dapat diambil kira oleh mahkamah,” katanya.

Armin berkata demikian di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mokhtar yang mendengar kes itu.

Dalam pada itu, menjawab dakwaan Armin, Ziana selaku plantif memberitahu mahkamah, suaminya itu dihalang berjumpa dengan anak-anak atas arahan pihak polis dan peguamnya.

Ini kerana kata Ziana, anak-anaknya adalah saksi berhubung kes jenayah melibatkan Armin atas dakwaan mencederakan salah seorang anak mereka dan prosiding kes itu masih berlangsung di Mahkamah Majistret di Shah Alam.

Jika benar inilah yang berlaku dalam rumah tangga penyanyi kesayangan ramai ini, hanya simpati dan doa dapat dihulurkan kepadanya.

Semoga segala masalah dapat diselesaikan segera dan Ziana dapat meneruskan kehidupan dengan tenang. –KLICK.MY

Sumber: Hangat.com / mStar Online

 

 

 

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen