Gaya Hidup Selebriti Terkini

Zayn Malik Beli Rumah, Ubah Imej Selepas Putus Cinta Dengan Gigi Hadid

SETELAH berakhirnya hubungan cinta dengan Gigi Hadid, penyanyi Zayn Malik dikhabarkan membeli sebuah apartment mewah di New York, Amerika Syarikat.

Menurut portal Variety, kediaman tersebut menjadi lokasi Zayn berkumpul bersama teman-temannya setelah kembali solo.

Sumber memberitahu apartment itu dianggarkan bernilai USD$10.7 juta (RM42 juta) dan telah digubah mewah mengikut cita rasa penyanyi kacak ini.

Lebih menarik, rumah dengan empat bilik tidur itu dilengkapi dengan teknlogi tinggi kerana ia dikhabarkan boleh menyelaraskan suhu sekitar secara automatik.

Sementara itu, E! portal pula melaporkan Zayn kini sudah mengubah penampilan dengan mewarnakan rambut dan jambangnya dengan warna perang.

Penampilan baharunya itu membuatkan ramai yang hampir tidak mengenali bekas ahli kumpulan One Direction ini. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen