Hiburan

Zarina Ann Joulie Dakwa Ismail Izzani Tiduri Kekasih Di Hotel

MASIH belum habis cerita panas antara Zarina Ann Joulie dan penyanyi remaja, Ismail Izzani.

Kalau sebelum ini, rakan baik Zarina iaitu pelakon Fathia Latiff mencetuskan kontroversi dan tanda tanya netizen apabila berkongsi gambar ‘panas’ Zarina dan Ismail di media sosial.

Berkaitan: Foto Zarina Ann Joulie, Ismail Izzani Berpelukan Di Kelab Malam Tersebar

Terbaharu, Zarina dan Fathia mendedahkan cerita yang lebih ‘panas’ di Instagram apabila mendakwa Ismail telah menggunakan bilik hotel atas namanya untuk memadu asmara dengan teman wanitanya dan turut memesan makanan melalui ‘room service’.

Malangnya, penyanyi remaja itu tidak menjelaskan langsung bayaran yang dikenakan sehingga mencecah ratusan ringgit dan Zarina terpaksa tanggung hutang tersebut kerana bilik itu ditempah menggunakan namanya.

Pendedahan Zarina dan Fathia itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. kebanyakan netizen menuduh Zarina dan Fathia sengaja mencari publisiti murahan dengan mereka cerita.

Tegas, Zarina, dia mempunyai bukti kukuh termasuk gambar Ismail sedang mabuk bersama teman wanitanya.

Sama ada benar atau tidak cerita ini namun pasti ada sebab kenapa mereka berdua bertindak menimbulkan isu ini. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.