Hiburan Terkini

Zahirah Macwilson Mengaku Masih Berkawan Dengan Zul Ariffin

HUBUNGAN cinta antara pelakon jelita, Zahirah Macwilson dengan aktor sasa, Zul Ariffin dikatakan telah berakhir setelah mendapat tentangan daripada ayah Zahirah sendiri.

Berkaitan: Selagi Hidup, Zainol Macwilson Takkan Restu Cinta Zahirah & Zul Ariffin

Walau bagaimanapun, bintang drama Duda Pujaan Dara ini enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan cintanya meskipun mengaku masih berkawan.

“Cukup saya katakan kami baik-baik sahaja dan masih berhubung tapi saya enggan komen lanjut. Saya dan Zul tak bergaduh atau bermasam muka.

“Saya mohon maaf kerana tak dapat memberikan penjelasan terperinci. Sebagai perempuan, tak manis untuk saya beri komen berlebihan. Banyak hati yang perlu saya jaga dan saya juga tak nak babitkan pihak lain, kata Zahirah.

Bakal muncul dengan drama terbaharu, Zahirah menyatakan dia mahu memberikan tumpuan terhadap kerjaya.

“Tahun lalu saya terpalit dengan beberapa kontroversi. Jadi saya ambil perkara tersebut sebagai pengajaran.

“Saya mahu terus fokus terhadap apa yang saya usahakan dan ingin mengukuhkan nama dalam bidang lakonan.

“Saya juga mahu berikan kualiti terbaik dalam setiap karakter lakonan untuk membalas jasa keluarga serta peminat yang tidak berhenti menyokong selama ini,” katanya lagi.

Putus cinta tak bermakna kena berkurung dalam rumah dan menangis sepanjang masa. Hidup perlu diteruskan. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Tak gitu! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.