Hiburan

“Yusuf Iskandar Bakal Dapat Adik”-Isteri Hairul Azreen Hamil Anak Ke-2

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kerana bakal menimang cahaya mata kedua.

Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon filem Paskal itu di Instagramnya. Mereka sekeluarga kini sedang menikmati percutian di Tokyo, Jepun.

“Alhamdulillah… Insya-Allah, Yusuf Iskandar bakal dapat adik! Rezeki milik Allah. Terima Kasih Allah,” tulisnya.

Sementara itu, ruang komen di foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.

Benar, tahun 2018 dilihat sebagai tahun tuah buat Hairul. Selepas kejayaan filem Paskal lakonannya, kini mereka bakal dikurniakan pula rezeki anak kedua.

Hairul berkahwin dengan Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan cahaya mata bernama Yusof Iskandar pada 3 Jun 2016. –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.