Hiburan Sensasi Terkini

Yuna Minta Bantuan Instagram, Tak Tahan Gangguan Seksual

KES media sosial disalahgunakan untuk melakukan gangguan seksual bukanlah perkara baharu. Pelaku perbuatan tak bertanggung jawab itu kadangkala sengaja mensasarkan golongan artis dan orang terkenal.

Penyanyi Yuna tidak terkecuali menerima gangguan seksual. Sehinggakan semalam, Yuna terpaksa meminta bantuan daripada Instagram menerusi Twitter untuk menyekat dan memberi pengajaran kepada individu yang melakukannya.

Menurut Yuna, dia menerima gangguan tersebut sejak setengah tahun lalu.

Penyanyi antarabangsa ini sudah melakukan pelbagai cara seperti mengikuti langkah-langkah bagi mengekang perkara itu namun tidak berhasil.

Mungkin kerana sudah tidak tahan, Yuna bertindak meminta pertolongan Instagram.

“Instagram, tolong bantu saya untuk akhiri gangguan seksual dalam talian ini! Ada emel untuk saya hantar foto atau paparan skrin mengenainya tak?

“Saya telah lakukan kesemua langkah seperti diminta khidmat bantuan anda tapi terus diganggu,” kicaunya di Twitter.

Menurut Yuna, komen-komen seksual menjijikkan yang diterimanya dihantar oleh individu yang sama. Individu tersebut akan membuka akaun palsu yang baharu, walaupun selepas disekat lebih 10 kali.

“Individu yang sama mengganggu akaun saya, meninggalkan komen berbaur seks dan menjijikkan. Selepas saya laporkan dia akan kembali dengan akaun yang baru. Tolong bantu, saya sudah sekat dia 10 kali,” ujarnya.

Individu seperti ini sememangnya tidak akan berputus asa melakukan pelbagai cara untuk melempiaskan nafsu mereka.

Cara terbaik, jangan ambil peduli apa yang dilakukannya. Jika dibiarkan lama-kelamaan dia pasti bosan. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.