Hiburan Sensasi Terkini

Yuna Bertunang Hanya Khabar Angin

Penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia, Yuna Zarai baru-baru ini telah dikatakan sudah bertunang dengan kekasihnya, Adam Sinclair gara-gara telah memuatnaik gambar berdua dalam pakaian sedondon.

Berita yang tersebar itu bagaimanapun masih belum mendapat respon daripada Yuna atau pun Adam.

Tak sangka dalam diam-diam rupa-rupanya Yuna telah bercinta dengan Adam sejak 2015 yang lalu. Baguslah kalau mereka buat keputusan untuk bertunang dan seterusnya mendirikan rumah tangga.

Bukan apa, perkara yang elok seharusnya dipercepatkan. Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang.

Namun, pengurus Yuna, Nor Zaina Wardah pula menyangkal dakwaan tersebut. Katanya mana mungkin mereka bertunang kerana Yuna baru sahaja sampai di Malaysia untuk menjayakan sebuah festival muzik.

Tak kisahlah sama ada betul atau tidak, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk penyanyi yang banyak mengharumkan nama Malaysia di persada dunia ini. Tak gitu!-KLICK.MY

Sumber: BH Online

Tag