Hiburan

“Yang Kau Pergi Pose Belanja Tu Kenapa?”-Zizan Razak

SEMALAM pelawak dan pengacara Zizan Razak memuat naik status di Twitter mengecam wanita seksi yang suka ‘belanja’ (berkongsi) gambar seksi mereka di media sosial.

Menurut jejaka berasal dari Terengganu ini, dia tidak faham kenapa wanita suka berkongsi gambar seksi mereka di media sosial dan kemudiannya akan menuduh mana-mana lelaki yang like atau komen pada gambar tersebut sebagai gatal.

“Aku tak berapa faham kalau perempuan nak ambil gambar mahu yang bertudung atau tak mesti mencari jalan untuk pose seksi.

“Selepas itu apabila lelaki like atau komen kau cakap lelaki gatal. Yang kau pergi pose belanja tu kenapa?,” tulisnya.

Tweet tersebut diletakkan bersama hashtag #tak paham #sexy #belanja.

Rata-rata pengikut Zizan di laman Twitter memberikan respon terhadap tweet tersebut.

Seperti biasa, ada yang setuju dan sebaliknya. Namun, apabila diamati, kadang-kadang betul juga apa yang diperkatakan oleh Zizan mengenai segelintir wanita yang berperangai sedemikian.

Apa tujuan mereka kongsi gambar-gambar seksi sebenarnya? Adakah untuk menarik perhatian? –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.