TAKZIAH buat pelakon dan juga pengarah, Ellie Suriaty Omar kerana kehilangan ibu tercinta semalam.
Ellie berkongsi berita sedih itu di Instagram melalui sebuah video menunjukkan detik-detik akhir dia bersama ibunya di sebuah pusat perubatan.
Menerusi kapsyen, Ellie meluahkan perasaan sedihnya dengan kehilangan ibu tercinta.
Luahan itu turut membuatkan netizen sebak dan sedih.
“Hari ini nyawaku penguat semangat perjuangku pergi buat selama-lamanya.
“Aku bersyukur dilahirkan sebagai anak emak. Ya Allah izinkan mak dapat bertemu abah di pintu syurga-Mu,” tulisnya.

Sejak akhir tahun lalu, Allahyarham yang juga penghidap kencing manis lumpuh separuh badan setelah diserang strok. –KLICK.MY
Tambah Komen