Gaya Hidup Sensasi Terkini

Gadis Digelar ‘Ahli Sihir’ Berubah Wajah Selepas Jalani Pembedahan

SELAMA 20 tahun hidup di muka bumi Lauren Whitt sudah terbiasa menghadapi kekurangan dirinya iaitu kecacatan pada rahang muka yang mempengaruhi bahagian dagu.

Gadis yang tinggal di Colorado, AS ini bukan sahaja sering dipandang dua kali kerana kelainan wajahnya tetapi juga terpaksa menanggung sakit setiap kali membuka mulutnya untuk makan atau bercakap.

Dagunya yang terjulur keluar tidak seperti manusia normal membuatkan Whitt diejek ‘ahli sihir’ sejak di bangku sekolah. Ketika berusia 12 tahun doktor memaklumkan bahawa keadaan dagunya itu tidak akan dapat dibaiki jika tidak menjalani pembedahan major, membuatkan dia meninggalkan zaman persekolahan kerana tidak dapat menanggung penghinaan yang diterima pada usia semuda itu.

Bagaimanapun setelah berusia 20 tahun Whitt berasakan sudah tiba masanya untuk dia mengubah keadaan. Dia menjalani pembedahan yang memerlukan kedua-dua belah rahangnya dipecahkan sebelum dicantum kembali dengan 36 pin.

“Saya bersusah payah hanya untuk bernafas setiap hari dan terpaksa membuka mulut untuk melakukannya. Saya pilih untuk jalani pembedahan pada usia ini kerana tak sanggup lalui kesakitan jika dibedah semasa masih kanak-kanak,” ujar Whitt.

Sudah tentu, jalannya tak mudah dan penuh dengan kesakitan namun berkat sabar akhirnya Whitt kini tampil dengan rupa baru yang amat mempersonakan.

Lebih dari itu, dia turut memajukan diri hingga kini akhirnya menjadi penuntut jurusan penyiasatan jenayah. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.