Semasa Sensasi Terkini Viral

Warga Emas Ditinggalkan Anak Di Ladang Sawit

Seakan kisah si Tanggang pula lagak seorang anak meninggalkan bapanya sendirian di lading kelapa sawit. Kisah warga emas yang ditinggalkan anak ini menjadi tular di laman sosial sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Ia bermula apabila ada pihak yang memuat naik kejadian tersebut di laman sosial. Kejadian berlaku di Bera Selatan 4.

Khabarnya anak lelaki itu sengaja meninggalkan bapa mereka, Mohamed bin Mohamed Jali di ladang tersebut sebelum ditemui oleh orang awam yang kemudian membawanya ke Pejabat Ladang Bera Selatan 4.

Sebak rasa hati tatkala mengetahui warga emas yang ditinggalkan itu ditemui dalam keadaan kelaparan dipercayai tidak menjamah apa-apa sejak dari pagi.

Tidak diketahui motif mengapa anak lelaki itu bertindak kejam sedemikian. Malah ketika dihubungi dan meminta agar dia datang mengambil bapanya pulang, pelbagai alasan diberikan. Tergamaknya kamu wahai anak!

Tindakan anak warga emas ini menyebabkan netizen meminta agar anak-anak yang lain tampil untuk membawa pulang bapa mereka dan sekiranya ada masalah, dapat diselesaikan dengan baik.

Selepas ibu, bapa adalah insan yang perlu anda sayangi dan hormati. Cuba fikir sejenak kalau bukan kerana bapa yang mencari rezeki, siapa kita hari ini.-KLICK.MY