Sensasi Terkini Viral

Warga Emas Dikecam Tarik Bulu Unta Ketika Melawat Zoo

Tidak tahu apa motif seorang wanita warga emas bertindak menarik bulu unta di Dalian Forest Zoo di China.

Perbuatannya itu telah dirakam oleh pengunjung lain dan video tersebut tersebas luas di media sosial.

Dalam video berkenaan kelihatan warga emas berkenaan tiba-tiba menarik bulu belakang unta yang sedang makan. Kemudian bulu yang ditarik itu cepat-cepat dimasukkan dalam begnya.

Berikut kejadian itu, pihak zoo telah mengeluarkan kenyataan dan berjanji untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan haiwan yang ada di situ.

Walaupun tindakan warga emas tersebut mengundang kemarahan netizen, namun menurut pihak zoo tindakan wanita itu tidak menyakitkan unta.

Ibarat kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan buruk padahnya. Video yang sudah tersebar luas itu membuatkan warga emas tersebut mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Agak-agaknya apalah yang mahu dibuat oleh nenek tersebut terhadap bulu unta berkenaan. Mungkin nak buat ubat kerana di sana memang terkenal dengan ubat-ubatan yang diperbuat daripada haiwan. –KLICK.MY