Gaya Hidup Terkini

Warga Emas Berusia 100 Tahun Pecah Rekod Renang

SEORANG warga emas yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 bulan depan memecah rekod dunia dalam acara renang 50 meter gaya bebas bagi kategori usianya, semalam.

George Corones, 99, yang merupakan peserta tunggal kategori usia 100 hingga 104 tahun mencatatkan masa 56.12 saat pada acara yang diadakan di kolam renang Pusat Akuatik Gold Coast.

Pusat akuatik terbabit adalah lokasi bagi acara renang Sukan Komanwel yang akan berlangsung bulan depan.

Acara berkenaan diadakan khusus untuk membolehkan Corones memecahkan rekod 1:31.19 yang dicatatkan John Harison pada tahun 2014 bagi kategori sama.

“Ia satu-satunya keadaan yang membolehkan anda tidak melawan graviti. Apabila berada dalam air, ia adalah satu situasi tanpa graviti dan perasaan itu sangat indah,” katanya.

Bekas doktor itu berkata aktiviti renang yang diceburinya kembali ketika berusia 80 tahun adalah rahsianya selama ini untuk panjang umur. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen