Sensasi Terkini Viral

Warga Asing Tersalah Rumah Ibadah, Lakukan Ritual Sembahan Di Masjid

Tak terfikir dek akal bagaimana mereka boleh tersalah melakukan ritual ibadat di rumah ibadah yang salah.

Namun, apabila difikirkan mereka warga asing dan mungkin tidak pernah melihat masjid, ia dikira masuk akal.

Kejadian tersebut berlaku di Masjid Baitul Iman di Limbang apabila gelagat dua wanita warga asing itu melakukan ritual ibadat agama mereka.

Kejadian itu sempat dirakam oleh jemaah masjid yang kemudiannya menjadi tular di laman sosial hari ini.

Imam masjid, Muhamad Ismail Rambli ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, kejadian berlaku pada 4.30 petang, Ahad lalu.

“Dua wanita berusia lingkungan 20 tahun itu masuk ke masjid dan terus melakukan ibadat mengikut agama mereka sebelum ditegur jemaah masjid.

“Mereka seolah tidak menyedari apa yang dilakukan mereka kerana kemungkinan baru memasuki negara ini,” katanya.

Katanya, kedua-dua wanita itu hanya tersenyum dan kelihatan malu selepas mereka ditunjukkan rumah ibadat sebenar berhampiran kawasan itu oleh jemaah masjid.

Rakaman video berdurasi 23 saat itu mendapat pujian netizen terhadap pihak jemaah dan jawatankuasa masjid yang tidak mengambil tindakan melulu ketika berdepan situasi itu. –KLICK.MY
Sumber: Harian Metro

Tag