Sensasi Terkini

Wany Hasrita Nafi AJK Wanynizers Minta Tajaan Tanpa Adab

Semalam tular di laman sosial mesej mengenai peminat Wany Hasrita bersikap biadap ketika meminta tajaan untuk menjayakan sambutan ulangtahunnya pada 23 Disember nanti.

Rata-rata netizen mengecam peminat tersebut yang tidak tahu adab dan menggunakan bahasa yang tidak sesuai.

Mesej yang terkandung menyatakan individu tersebut mendakwa dari kelab peminat Wanyhasnizers dan meminta tajaan daripada BallonBar Enterprice.

Terkejut dengan mesej tersebut, pihak BallonBar Enterprice memuat naik ‘screenshot’ itu di Facebook.

Malah, gara-gara tindakan peminat tersebut, nama Wany turut terpalit.

Namun, dalam perkembangan terbaharu, Wany tampil menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu berjudul Menahan Rindu ini, individu yang menghantar mesej kepada penaja dan dikatakan tidak beradab itu bukan daripada ahli jawatankuasa (AJK) kelab peminatnya, Wanyhasnizers.

Bahkan, nombor telefon yang digunakan individu tersebut tidak ada dalam senarai daftar AJK atau ahli kelab peminatnya.

“Apabila perkara ini tular, ketua kelab peminat menghubungi pihak itu meminta nombor telefon individu terbabit.

“Malangnya nombor itu tidak wujud dalam senarai ahli dan saya beranggapan dia orang luar. Saya tidak mahu tuduh apa motif sebenar dia berbuat sedemikian. Sama ada mahu sabotaj atau ada agenda lain, saya pun tak tahu.

“Cuma saya berterima kasih kepada pihak yang tularkan perkara ini kerana dalam tempoh dua jam, banyak pihak sudi bekerjasama. Saya berasa ini satu hikmah dan rezeki daripada Allah,” katanya.

Tak sangka ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Orang lain yang biadap, orang lain yang dapat tempiasnya. Memang tak patut! –KLICK.MY

Sumber: HM Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen