Hiburan

Wany Hasrita Cipta Kejutan, Dinobatkan Sebagai Artis Paling Popular

MALAM tadi berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Penyanyi Wany Hasrita mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai Artis Paling Popular.

Malah dia juga menggenggam trofi kategori Penyanyi Wanita Paling Popular menumpaskan calon lain seperti Ara Johari, Siti Nordiana, Nur Fazura dan Stacy.

Kemenangan itu membolehkan Wany membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Citroen C4 Picasso berharga RM126,000 berserta trofi.

Sementara itu, pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura memenangi dua kategori masing-masing, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Wanita Popular serta Pasangan Serasi Drama.

Fazura turut membawa pulang trofi menerusi kategori Pasangan Serasi Filem bersama aktor Zul Ariffin.

Bagi kategori Artis Baharu Popular, Fendy Bakry dan Farah Nabilah muncul sebagai pemenang manakala Khai Bahar mengekalkan kemenangan kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi veteran, Norkumalasari diberikan Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat.

ABPBH31 dihoskan oleh Ajak Shiro, Zara Zya dan Janna Nick. Acara juga diserikan dengan persembahan daripada beberapa orang artis terkenal.

Berikut adalah senarai penuh ABPBH31;

1) Bintang Paling Popular: Wany Hasrita

2) Penyanyi Lelaki Popular: Khai Bahar

3) Penyanyi Wanita Popular: Wany Hasrita

4) Artis Duo/ Berkumpulan Popular: Syamel & Ernie Zakri

5) Artis Baru Lelaki Popular: Fendy Bakry

6) Artis Baru Wanita Popular: Farah Nabilah

7) Pelakon Filem Lelaki Popular: Zul Ariffin

8) Pelakon Filem Wanita Popular: Emma Maembong

9) Pelakon TV Lelaki Popular: Fattah Amin

10) Pelakon TV Wanita Popular: Nur Fazura

11) Artis Komedi Popular: Zizan Razak

12) Pengacara TV Popular: Neelofa

13) Penyampai Radio Popular: Haziq (Hot FM)

14) Artis Versatil Popular: Alif Satar

15) Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat: Noorkumalasari

Kategori Online;

1)Gandingan Serasi Drama: Fattah Amin & Nur Fazura

2)Gandingan Serasi Filem: Zul Ariffin & Nur Fazura

3)Personaliti Media Sosial: Fatimah Omar Mukhlis (@thefamily.uk)

4)Instafamous Cilik Popular: Arif Jiwa

5)Artis Sensasi: Neelofa

Tahniah kepada semua pemenang!–KLICK.MY

Sumber: mStar Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.