Semasa Terkini Viral

Wanita Tertua Di Malaysia Meninggal Dunia

Wanita tertua di Malaysia iaitu Puan binti Ahmad meninggal dunia sebentar tadi ketika berusia 121 tahun.

Kalau mengikut rekod, usianya lebih tua daripada wanita tertua dunia namun disebabkan kesalahan teknikal, usianya tidak diiktiraf.

Allahyarham berasal dari Kuala Nerang, Kedah, mempunyai kad pengenalan bernombor 960412 tetapi nombor 96 bermaksud tahun 1896. Dia yang dilahirkan pada 12 April 1896 mempunyai empat anak, 19 cucu dan, 60 cicit.

Allahyarham Puan pernah berkongsi tip mengenai kesihatannya sehingga boleh hidup lebih daripada seratus tahun. Katanya dia tiada amalan khusus tetapi banyak memakan ulam-ulaman sejak kecil sehinggalah sekarang.

Dia meninggal dunia kerana sakit tua dan jenazahnya kini berada di Kodiang, Kedah untuk dikebumikan. Al-Fatihah.-KLICK.MY

Sumber: Penang Kini