Sensasi Terkini Viral

Wanita Terkejut, Lelaki Tiba-Tiba Menggosok Kemaluan Di Hadapannya

Seorang wanita di Sabah berdepan dengan detik-detik cemas ketika sedang memasuki keretanya di parkir sebuah pusat membeli-belah.

Dia yang ketika itu baru memasuki keretanya tiba-tiba dikejutkan dengan seorang lelaki berbaju hitam sedang menggosok kemaluannya.

Video yang dimuat naik oleh mangsa, Qing WcLee di laman Facebook menjadi tular sejak semalam. Menurut mangsa, dia bernasib baik kerana sering mengunci kereta dengan segera sebaik memasukinya.

Terkejut dengan tindakan mangsa yang merakam videonya, suspek dikatakan cuba membuka pintu bahagian penumpang belakang menyebabkan mangsa membunyikan hon, sebelum lelaki itu melarikan diri.

Rata-rata netizen menyarankan mangsa membuat laporan polis kerana bimbang suspek akan bertindak lebih teruk jika dibiarkan bebas begitu sahaja.

Jadi, buat wanita yang memandu sendirian, berhati-hatilah ketika berada di parkir. Sebelum masuk ke dalam kereta, pandang sekeliling dahulu.

Setelah memasuki kereta cepat-cepatlah menguncinya kerana saat itulah penjenayah sering mengambil kesempatan melakukan jenayah.-KLICK.MY