Sensasi Terkini Viral

Wanita Terkejut Harga Barangan Tidak Masuk Akal!

Niat membeli-belah barang-barang rumah dan dapur menjadi mimpi ngeri buat seorang wanita apabila melihat bil barangan yang dibelinya di sebuah pasaraya terkenal.

Ketika membuat pembayaran di kaunter, dia terkejut apabila harga barang yang tertera di mesin kira menunjukkan jumlah sebanyak RM808.60. Jumlah tersebut tidak masuk akal dan di luar bajetnya.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan harga tersebut, wanita tersebut lantas membuat semakan di resit. Telahannya ternyata benar apabila dia mendapati harga sepapan petai berharga RM400.36.

Lebih mengejutkan, dia tidak tahu dari mana datangnya petai tersebut sedangkan dia tidak membelinya. Tidak mahu pembeli lain terkena perkara yang sama dan agar mereka berhati-hati, wanita berkenaan memuat naik kisah dan gambar-gambar di Facebook dengan nama Anyss Mohd Auranyss.

Malah kakitangan di bahagian kaunter khidmat pelanggan juga turut terkejut melihat harga perbezaan berkenaan.

Meskipun wang akan dikembalikan semula di atas kesilapan tersebut, Anyss menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan pastikan menyemak resit bayaran sebelum meninggalkan pasar raya. –KLICK.MY