Luar Negara

Wanita Terkejut Beli Beg Mewah Dalam Talian Tapi Dapat Botol Air

BERHATI-HATI ketika membuat pembelian secara dalam talian kerana kadang-kadang barang yang dibeli tidak seperti yang dijangka!

Walaupun tidak semua orang pernah melalui pengalaman tersebut, tetapi tidak salah kalau kita mengambil sikap berhati-hati.

Kisah seorang wanita di Thailand ini boleh dijadikan pengajaran. Panhathai Lertsin-udom telah membeli beg mewah secara dalam talian namun terkejut apabila tidak menerima barangan yang ditempahnya.

Inilah beg bewah yang dibeli dalam talian namun sebaliknya yang diterima.

Sebaliknya, bungkusan yang diterimanya mengandungi dua botol air minuman.

Susulan itu, dia mengambil bukti tempahannya iaitu resit transaksi dalam talian, butir-butir perbualan dengan penjual dan satu video sebelum membuat laporan di Balai Polis Muang terhadap penjual menggunakan akaun B.PROMOTE Line.

Kata mangsa, dia menempah beg tangan terpakai jenama Celine pada Selasa lalu selepas gambar produk itu disiarkan di Instagram penjual.

Sebaik menempah, dia membayar 37,000 baht (RM4,673)  selepas mendapat diskaun 3,000 baht (RM378) dengan membuat pindahan wang ke nombor akaun penjual pada hari sama.

“Saya buat pindahan wang dengan cepat kerana tahu ramai orang mahu beli produk berjemana,” katanya sambil menambah dia dimaklumkan barangan yang ditempah akan dihantar ke alamatnya.

Penjual juga memberi kod bungkusan ejen penghantar surat.

Bagaimanapun, sehari selepas itu mangsa mengesyaki ada sesuatu tidak kena kerana tidak dapat menghubungi penjual, manakala akaunnya dibekukan.

Apabila memeriksa dengan firma penghantar surat, dia diberitahu barangan tempahan itu dalam perjalanan dari Chiang Mai.

Bagaimanapun, apabila bungkusan sampai, bungkusan yang diterima mengandungi dua botol air Kung Fu Panda- KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.