Luar Negara Terkini

Wanita Pukul Ustaz Dengan Kayu Apabila Dapat Tahu Anaknya Dicabul

SEORANG wanita naik angin selepas mendapat tahu seorang lelaki yang bergelar ustaz mencabul anak perempuannya ketika keluarga itu melawat sebuah masjid.

Tidak berpuas hati, wanita itu kembali ke masjid sambil membawa anaknya dan terus memukul ustaz terbabit.

Kejadian itu berjaya dirakam dan video berkenaan mula tular di Twitter. Dalam rakaman itu, kelihatan wanita tersebut memukul ustaz berkenaan dengan sebatang kayu.

Malah, ustaz tersebut kelihatan memintan bantuan daripada orang di sekeliling.

Ketika membuat ‘serangan’ itu, wanita terbabit mengajar anak perempuannya bahawa tiada yang lebih berharga atau penting daripada maruah diri.

Wanita itu juga mengajar anak perempuannya bahawa setiap wanita wajib dihormati.

Video berani wanita itu mempertahankan maruah anaknya dengan memukul ustaz tersebut telah menerima sebanyak 1.04 juta tontonan.

Malah rata-rata netizen memuji tindakan wanita itu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen