Jenayah Luar Negara Sensasi

Wanita Potong Kemaluan Teman Lelaki Guna Gunting Kebun

SEORANG wanita Argentina, Brenda Barattini, 26, ditahan selepas memotong kemaluan kekasihnya dengan gunting kebun.

Wanita berkenaan yang bekerja sebagai arkitek dikatakan bertindak demikian di kediamannya di Nueva Cordoba ketika mangsa dikenali sebagai Sergio F, 40, sedang tidur sebelum menghubungi pihak hospital.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital dalam keadaan berlumuran darah namun ketika itu dia dilaporkan oleh petugas kesihatan masih lagi ‘stabil’.

Polis kemudian menahan Barattini dan dia mengaku melakukan perbuatan jenayah itu.

Tidak diketahui punca sebenar kejadian namun peguam Barattini, Carlos Nayi menyatakan wanita itu bertindak selepas Sergio melakukan serangan seksual.

Bagaimanapun sama ada anak guamnya itu telah bertindak di luar batasan, ianya bakal diputuskan daripada prosiding mahkamah kelak.

Dalam pada itu peguam Sergio pula mendakwa, Barattini bertindak begitu semasa dia dan Sergio yang sudah beberapa bulan menjalin hubungan sedang melakukan permainan seks.

“Dia tidak tidur tetapi matanya ditutup ketika mereka mula melakukannya. Ada bukti tempat kejadian,” ujar Eduardo Perez.

Barattini hanya akan disoal siasat selepas ujian psikiatri diterima minggu hadapan manakala Sergio kini berada di unit rawatan rapi selepas kemaluannya gagal disambung semula.

Kisah ini mengimbau kembali kes Lorenna Bobbit yang mendapat publisiti meluas pada 1993 atas perbuatan jenayahnya memotong kemaluan suami sendiri selepas sekian lama berdendam kerana mendakwa diserang secara seksual.  –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen