Luar Negara

Wanita Nekad Kerat Kemaluan Teman Lelaki Kerana Curang

DENDAM dan sakit hati menjadi punca seorang wanita di Kampala, Uganda mengerat kemaluan teman lelakinya yang disyaki curang.

Rehema Kabayana, 24, mengesyaki Anthony Sekawa, 28, menjalin hubungan dengan wanita lain menyebabkan dia mengerat kemaluan mangsa dengan pisau berukuran 10 sentimeter.

Menurut polis, Rehema menunggu sehingga teman lelakinya itu lena tidur sebelum memotong kemaluannya.

Kejadian ngeri itu turut disedari jiran mereka yang terdengar raungan kuat sebelum mereka menghubungi pihak polis.

Sekawa menerima rawatan di Hospital Namirembe manakala teman wanitanya ditahan polis selepas melakukan serangan itu.

Mangsa memberitahu polis, sebelum kejadian, teman wanitanya sudah bertindak agresif dengan cuba mengelar lehernya ketika mereka bertengkar.

Pasangan itu dipercayai bergaduh besar dengan muka wanita berkenaan lebam dan bengkak akibat dipukul teman lelakinya.

Suspek yang ditahan polis berkata, dia mendapat tahu Sekawa bertemu dengan beberapa wanita di pusat pelacuran di Wanton Mukono sebelum membuat rancangan membalas dendam.

“Saya mendapat tahu dia keluar bertemu perempuan lain di bar berlainan. Saya dikuasai perasaan marah dan tidak boleh lagi bertenang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis metropolitan Kampala, Luke Owoyesigyire berkata, pasangan itu sering bergaduh berikutan lelaki terbabit kaki perempuan.

Suspek ditahan di Balai Polis Mukono atas dakwaan cubaan membunuh sementara siasatan masih dilakukan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.