Gaya Hidup Terkini

Wanita Miliki ‘Pinggang Kerengga’ Hanya Dengan Pakai Korset

IBARAT pinggang kerenggga! Itulah gambaran pinggang seorang wanita, Diana Ringo, 39, dari Chula Vista, California yang hanya mempunyai pinggang berukuran 18 inci!

Selepas melahirkan anak kembarnya tiga tahun lalu, Ringo mula tidak berpuas hati dengan bentuk badan terutamanya bahagian pinggang.

Pelbagai cara dia lakukan untuk memiliki pinggang idaman seperti diet dan senaman tetapi itu masih tidak mencukupi.

Justeru, dia mengambil inisiatif lain untuk mengecilkan pinggangnya dengan memakai korset ketat selama 23 jam sehari.

Dia hanya membuka korset tersebut ketika mandi atau bersenam. Bayangkan hampir seharian memakai korset yang ketat pasti terseksa dan boleh sesak nafas.

Namun, cara ekstrimnya itu berjaya dan kini dia mempunyai pinggang berukuran 18 inci berbanding 27 inci sebelum ini.

“Bila saya pakai korset, saya rasa begitu seksi. Saya secara semula jadi berasa begitu seksi sekali gus meningkatkan keyakinan diri dan buat saya selesa,” kata Ringo kepada Barcroft TV dalam rancangan Hooked on the Look.

Ringo, yang kini bekerja sebagai tukang masak tentera laut, mempunyai koleksi lebih daripada 45 helai korset bernilai USD1,955 (RM7701.72) untuk membantu mengekalkan bentuk pinggangnya yang ramping.

Walaupun Ringo mendakwa tidak mengalami sebarang kesan atau komplikasi kesihatan yang buruk, apa yang dilakukannya dianggap bahaya oleh profesional perubatan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan organ dan tulang belakang apabila diamalkan dalam jangka waktu yang lama.

Pengamal juga berdepan risiko masalah pencernaan yang disebabkan oleh sekatan ke abdomen, masalah rahim, terutamanya jika dipakai semasa kehamilan dan membawa kepada sakit belakang. KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.