Sensasi Terkini Viral

Wanita Menyamar Sebagai Lelaki Untuk Dapatkan Pekerjaan

Di negara miskin seperti Tanzania, bukan senang untuk wanita mendapatkan pekerjaan berbanding lelaki terutamanya dalam sektor perlombongan.

Namun, bagi seorang wanita bernama Pili Hussein, kesempitan hidup memaksanya mencari ikhtiar untuk mendapatkan pekerjaan.

Lantas dia menyamar sebagai lelaki dan bekerja sebagai pelombong melombong sejenis batu yang dikatakan lebih berharga daripada berlian.

Penyamarannya itu berjaya memperdaya pekerja-pekerja lain dan majikan selama hampir 10 tahun. Pili merupakan anak kepada seorang penternak. Ayahnya mempunyai enam isteri dan Pili adalah salah seorang anaknya yang ke-38.

Ayahnya memperlakukannya seperti kanak-kanak lelaki dan diberi tugas menjaga ternakan sedangkan dia tidak menyukai pekerjaan tersebut.

Pada usianya 31 tahun dia melarikan diri daripada suami yang panas baran. Bagi menampung kehidupannya, dia keluar mencari pekerjaan. Oleh kerana tidak pernah bersekolah jadi dia tidak mempunyai banyak pilihan untuk bekerja.

Di sinilah bermula penyamarannya. Bagi kelihatan seperti lelaki, dia berlagak seperti seorang lelaki perkasa. Dia memakai seluar pendek yang asalnya seluar panjang bagi kelihatan seperti lelaki. Malah, dia juga menukar namanya ke Paman Hussein.

Tetapi penyamarannya itu berakhir setelah dia dituduh telah memperkosa seorang wanita. Setelah dituduh, dia ditangkap oleh polis dan dibawa ke balai.

Nak tak nak, akhirnya dia terpaksa membuka rahsianya selama ini. Seorang anggota polis wanita telah memeriksa bagi memastikan pengakuannya benar. Setelah diperiksa, ternyata benar Pili seorang wanita.

Pili dilepaskan dan kebanyakan rakan-rakan sekerjanya tidak menyangka mereka tidak menyedari bahawa Pili seorang wanita.

Kini Pili sudah bergelar seorang usahawanita berjaya dan mempunyai pekerja seramai 70 orang.-KLICK.MY