Viral

Wanita Mengandung Mengidam Naik Bas, Tengok ‘Road Block’

NORMAL bagi seorang wanita yang sedang mengandung mengidam pelbagai jenis perkara terutamanya berkaitan makanan.

Maka tugas si suami untuk mencari dan merealisasikan apa yang diidamkan oleh isteri yang sedang mengandung.

Kadang-kadang permintaan mereka pelik dan sukar dicari. Namun, pernahkah anda mendengar isteri mengidam untuk menaiki bas dan melihat sekatan jalan raya (road block)?

Mungkin tidak pernah dengar tetapi itulah kenyataan yang dilalui oleh wanita bernama Puteri Nazwa.

Dia telah menyenaraikan tiga perkara yang diidamkam. Menurut suaminya, Adli Rohaizan, isterinya teringin untuk menaiki bas ekspres, melihat sekatan jalan raya dan menikmati buah strawberi bersalut coklat di Cameron Highland.

Menurut Adli, hanya dua daripada tiga keinginan itu telah berjaya ditunaikan setakat ini dan dia telah berkongsi kisah itu di Facebook miliknya.

Sementara itu, Puteri Nazwa melahirkan rasa syukur kerana keinginannya untuk menaiki bas dan menyaksikan sekatan jalan raya berjaya dipenuhi oleh suaminya.

Dalam perkembangan terbaharu, perkara ketiga yang diidamkan oleh Puteri Nazwa iaitu makan strawberi bersalut coklat telah berjaya ditunaikan oleh suaminya.

Adli telah berkongsi detik gembira itu di Facebooknya beberapa jam yang lalu.

Tahniah buat Adli kerana berjaya merealisasikan ketiga-tiga keinginan isteri yang sedang mengandung. Semoga isteri anda selamat melahirkan bayi yang comel nanti.–KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.