Sensasi Terkini Viral

Wanita Mengamuk Di Tiong Bahru Plaza Tanpa Sebab

Tidak diketahui apa punca, tiba-tiba seorang wanita mengamuk dan cuba memukul beberapa pekerja. Kejadian tersebut berlaku di Tiong Bahru Plaza, Singapura.

Insiden berkenaan tular di laman Facebook dan rata-rata netizen berang dengan kelakuan wanita tersebut. Malah video kejadian yang dimuat naik di laman sosial itu telah ditonton lebih daripada lima juta kali.

Ramai yang tertanya-tanya apa motif wanita itu tiba-tiba mengamuk. Akibat perbuatannya yang boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain, dia ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Manakala Owndays Singapura telah mengeluarkan kenyataan di Facebook mengatakan bahawa pembeli perempuan pergi ke outlet Tiong Bahru Plaza dan cuba “bersembunyi dari wanita lain yang bertindak agresif”.

Dua daripada kakitangannya diserang ketika cuba untuk membantu pembeli wanita tersebut, katanya.

Namun, tabik betullah kepada pekerja wanita yang langsung tidak membalas atau melawan wanita berkenaan. Tak semua orang mampu bersabar seperti pekerja ini.-KLICK.MY

Tag