Luar Negara

Wanita Melecur Disiram Air Panas Oleh Suami Kerana Minta Cerai

GARA-GARA menuntut cerai, seorang wanita cedera selepas disiram air panas oleh suaminya yang berang dengan permintaan tersebut.

Wanita tersebut melecur teruk dan perlu menjalani pembedahan.

Lelaki terbabit, yang hanya dikenali sebagai HR, 60, bertindak sedemikian di rumahnya di Desa Geulanggang Gampong, Bireuen, Aceh.

“Motifnya kerana cemburu dan pelaku kesal dengan mangsa yang minta dirinya diceraikan. Maka pelaku mahu melihat mangsa cacat supaya tidak ada orang yang mahu berkahwin dengannya lagi,” kata Ketua Siasatan Jenayah Polis Bireun Eko Rendi Oktama.

Eko berkata pihaknya mendapat tahu tentang kejadian itu setelah keluarga mangsa membuat laporan.

Menurut keterangan, perkara pertama yang dilakukan HR memasak air. Setelah air itu mendidih, dia memasukkan air panas tersebut ke dalam baldi.

HR kemudian menuju ke bilik mangsa sedang tidur dan terus menyiram wajah dan seluruh badannya dengan air panas.

“Pelaku menyediakan sendiri air panas tersebut. Kemudian dia ke bilik mangsa dan terus menyiram air mendidih ke seluruh tubuh mangsa hingga kulitnya melepuh dan melecur” kata Eko.

Pihak berkuasa kemudian menangkap lelaki itu bersama barang bukti yang digunakan untuk memasak air. Mangsa dihantar ke Rumah Sakit Zainal Abidin Banda Aceh.

Akibat perbuatannya, HR didakwa di bawah Pasal 44 UU tentang KDRT dan berdepan hukuman 10 tahun penjara. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.