Terkini Viral

Wanita Melecur 50 Peratus, Kedai Dobi Layan Diri Meletup

KEDAI dobi layan diri semakin banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan terutamanya di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur.

Kesibukan warga kota mencari rezeki menyebabkan mereka tiada masa untuk melakukan kerja rumah itu.

Justeru, dobi layan diri menjadi pilihan dan menjimatkan masa. Manakala bagi pengusaha kedai dobi layan diri, peluang itu digunakan sebaik mungkin.

Namun, berhati-hatilah ketika menggunakan khidmat dobi layan diri ini kerana sistem keselamatannya tidak dijamin.

Semalam, seorang wanita melecur 50 peratus dalam insiden kebakaran di kedai dobi dan rumah kedai di Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur.

Kejadian dilaporkan orang awam kira-kira jam  8.05 malam.

3 buah jentera dan sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Sentul, Hang Tuah dan Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian.

Api dapat dikawal sekitar jam 8.22 malam.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPBM) Kuala Lumpur, Ruhisha Haris, wanita berusia 40 tahun itu cedera parah.

“Kita percaya daripada saksi berlaku letupan di kedai dobi sebanyak 3 kali.

“Kebetulan seorang mangsa wanita berusia 40-an berada di dalam kedai dobi dan cedera 50 peratus melecur,” jelasnya.

Mangsa yang merupakan pelanggan kedai dobi terbabit dikejarkan ke ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Tiga lagi mangsa warga Indonesia yang tinggal di rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkap premis.

Siasatan awal forensik mendapati kebakaran itu memusnahkan 80 peratus kedua dua premis.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. –KLICK.MY

Sumber: Astro Awani

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen