Gaya Hidup Terkini

Maut Gara-Gara Suami Guna Bom Mortar Sebagai Mainan Seks

SEORANG wanita di Peru maut selepas suaminya menggunakan bom mortar sebagai alat mainan seks selepas pasangan itu minum hingga mabuk.

Ruben Valera Cornejo memberitahu polis di Arequipa, isterinya, Yubitza Llerena telah memintanya menggunakan objek dari rumah mereka ketika mahu mengadakan hubungan intim.

Valera Cornejo yang ditahan atas kesalahan membunuh mendakwa dia tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku.

Menurutnya, dia tertidur dan hanya mendapati isterinya tidak memberi respon selepas tersedar.

Pegawai penyiasat memberitahu mereka menemui mortar dengan kesan darah dalam beg tangan wanita itu bersama alat mainan seks lain.

Ketua polis Javier Arana dalam satu kenyataan lain berkata, mortar berukuran 40 sentimeter panjang dan kira-kira 6 sm lebar itu dipercayai sudah tidak aktif dan dijadikan barang perhiasan.

“Kami turut menemui ubat tahan sakit yang digunakan mangsa,” ujarnya.

Sementara itu, bapa mangsa, Washington Llerena menegaskan Valera Cornejo wajar dihukum penjara setelah apa yang dilakukan terhadap anaknya.

“Saya akan terus menuntut bela hingga mendapat pengadilan sepatutnya,” katanya.

Inilah bahananya kalau sudah mabuk. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen