Luar Negara

Wanita Ketawa Selepas Paksa Anak Makan Makanan Anjing

TERGAMAK seorang ibu ketawa selepas memaksa anak lelakinya yang berusia dua tahun memakan makanan anjing.

Lebih malang lagi, kanak-kanak itu dilayan seperti binatang apabila dipaksa memakannya dari mangkuk makanan haiwan perliharaan itu.

Insiden keterlaluan itu dilaporkan dirakamkan oleh wanita berkenaan di bandar Trindade di Gois, Brazil.

Nenek kepada kanak-kanak berkenaan memberitahu bahawa makanan anjing itu membuatkan cucunya sakit.

Kanak-kanak itu dirakamkan memakan makanan anjing itu sebelum disertai haiwan perliharaan berkenaan.

Wanita yang terus merakamkan insiden tersebut kedengaran mentertawakannya.

Media tempatan melaporkan kanak-kanak itu kurang upaya.

Dilaporkan video tersebut dikongsikan di ruang sembang keluarga mereka sebelum dimuat naik dalam talian oleh nenek kanak-kanak berkenaan.

Polis sedang menyiasat ibu kanak-kanak itu termasuk ibu saudaranya yang dilaporkan berada di tempat kejadian ketika insiden tersebut dirakamkan.

Penyiasat, Vicente Gravina berkata, kedua-dua wanita itu bakal berdepan dengan pertuduhan jenayah. –KLICK.MY

 

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.