Semasa Sensasi Terkini Viral

Wanita Kantoi Curi Barang Kemas

Apabila sudah tertangkap barulah nak menangis dan menyesal. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan buruk padahnya.

Seorang wanita telah ditangkap ketika mencuri barang kemas di sebuah kedai emas di Terengganu. Dia yang datang ke kedai tersebut bersama ibu saudara dan sepupunya pada mulanya mahu membeli emas.

Setelah puas membelek barang kemas dan tiada yang berkenan di hati, mereka pun mahu beredar. Namun, ketika itulah salah seorang daripada mereka  mengambil barang kemas.

Nasib baik salah seorang pekerja menyedari hal tersebut lalu menarik tangan wanita itu. Terkejut dan tergamam, wanita it uterus melepaskan barang kemas ke lantai dalam kaunter dan menafikan tuduhan kononnya dia cuba mencuri barang kemas.

Sudah buat salah tak mahu mengaku pula. Senang sahaja, CCTV ada jawapannya. Setelah dimainkan semula, CCTV telah menunjukkan wanita terbabit memang berniat mahu mencuri barang kemas dipercayai gelang, berat 6.6 gram. Nasib baik kedai emas tersebut mempunyai CCTV. Kalau tidak, sampai sudah dia tak nak mengaku.

Manakala ibu saudara wanita itu cuba merayu agar pihak kedai tidak mengambil tindakan terhadap anak saudaranya itu yang pada ketika itu hanya menangis di kaunter kedai.

Sementara itu pemilik kedai yang dikenali sebagai Kak Maya berkata, selama ini dia hanya melihat kejadian seumpama itu Facebook sahaja. Namun tidak menyangka kali ini berlaku di kedainya sendiri.

Wanita itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-KLICK.MY