Gaya Hidup Luar Negara

Wanita Jamaica Tak Percaya Lahir Anak Kulit Putih, Mata Biru

SEORANG wanita berkulit hitam dari Jamaica terkejut apabila anak dilahirkannya berkulit putih dan bermata biru tanpa sedikit pun ciri-ciri kacukan berkulit hitam sepertinya.

Akibat terlalu terkejut, Sophia Blake bertanyakan kepada bidan yang menyambut kelahiran bayinya, ”Adakah  ini anak saya?”

Anaknya yang diberi nama Tiara itu merupakan hasil hubungannya dengan lelaki berkulit putih bernama Christopher Perkins, 60.

Blake menyangka Tiara akan memiliki gabungan ciri-ciri dia dan Perkins.

Keadaan mula menjadi rumit kerana Blake mempunyai seorang lagi anak melalui hubungan sebelum ini berusia 17 tahun yang berkulit hitam.

Ini menyebabkan ramai orang tidak percaya Tiara adalah anak kandungnya dan ia telah menimbulkan masalah apabila guru dan doktor juga keliru.

Doktor berkata keadaan Tiara yang dilahirkan berkulit putih berlaku satu dalam sejuta kerana gen putih yang aktif dalam keluarganya.

Eksekutif pemasaran, dari Selly Oak, Birmingham ini memberitahu Mail Online yang tidak mudah untuk mereka percaya Tiara adalah anaknya kerana perbezaan fizikal mereka.

“Kadang-kadang dia sendiri bertanya kenapa kami tak ada persamaan? Saya menjelaskan dia adalah kacukan tetapi ia sangat membingungkan dirinya.”

Blake berkata kulit keluarganya yang ‘sangat gelap’ telah membuatkan dia terkejut bagaimana dia boleh melahirkan anak perempuan berkulit putih tanpa ada sedikit pun ciri keturunannya yang berkulit hitam.

Menurut Blake, ada ibu bapa yang menganggap Tiara adalah anak angkatnya dan pihak hospital baru-baru ini terpaksa memeriksa sama ada Blake adalah pekerja sosial atau penjaga kepada Tiara.

Blake kini memutuskan untuk bersuara bagi meningkatkan kesedaran bahawa kanak-kanak berbangsa campuran berkemungkinan dilahirkan dengan satu warna kulit sahaja iaitu putih atau hitam.

Dia sangat bangga dengan kecantikan Tiara dan memberitahu apabila sesiapa sahaja mengenali mereka berdua, mereka akan mendapati persamaan antara ibu dan anak ini. –KLICK.MY

Sumber: Metro UK

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.