Sensasi Terkini Viral

Wanita Hina Sambal Kak Ogy, Pesan Jangan Bagi Anak-Anak Makan

Masih ada lagi rupanya manusia yang suka menjatuhkan hukum terhadap orang lain sesuka hati. Mereka berlagak seperti Tuhan yang menghukum.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Azaieyda telah memberi komen biadap kepada pelakon dan pengacara hebat, Ogy Dato Ahmad Daud. Hal tersebut telah didedahkan sendiri oleh Ogy atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ogy dalam Instgramnya sebentar tadi.

Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, masih ada lagi insan yang keji dan tidak menjaga tutur kata. Hinaan yang dilemparkan kepada pelakon ini, benar-benar melampau.

Kak Ogy memuat naik screen short komen berkenaan dan menulis kapsyen berbunyi “Saya Terima Komen Ini Hari Ni Dari Hamba Allah Ini Ttg Produk Saya, Ttg Kerja Saya Sbg Artis. Saya Nak Pandangan Anda.”

Rata-rata pengikut Kak Ogy di Instagram terkejut dengan komen daripada wanita berkenaan yang dikatakan biadap dan tidak menjaga tutur kata.

Tuduhan yang dilemparkan dilihat seakan-akan iri hati dengan kejayaan Kak Ogy menjalankan bisnes sambal yang dibuat mengikut resipi ibunya, Seniwati Saadiah.

Wanita berkenaan juga sempat memberi pesanan agar tidak memberi produk sambal yang dijual Kak Ogy kepada anak-anak.

Anda nilailah sendiri di sini air tangan siapakah yang tidak patut dijamah. Kalau hati sudah penuh dengan hasad dengki, tidak kira bulan puasa atau tidak dia tidak peduli.

Semoga perniagaan sambal Kak Ogy terus sukses. Seronok lihat Kak Ogy sering memuat naik video penyediaan sambal-sambal yang dijualnya di Instagram. Buat yang dengki itu, semoga Allah bagi anda hidayah. –KLICK.MY