Sensasi Terkini Viral

Wanita Giat Curi Dompet Pelanggan Kusyuk Membeli-Belah

Dalam kesibukan orang ramai membeli-belah di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), rupa-rupanya ada juga manusia yang tidak berhati perut mengambil kesempatan.

Tular sejak semalam seorang wanita yang boleh dipanggil ‘makcik’ dirakam oleh kamera litar tertutup menjalankan operasi mencuri dompet pelanggan yang kusyuk membeli-belah.

Orang lain sibuk buat persiapan raya, dia juga sibuk mencuri dompet orang. Dalam bulan puasa pun masih mahu melakukan kegiatan terkutuknya itu.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan wanita tersebut sedang membelek pakaian seperti mahu membeli sebelum menghampiri mangsa yang juga sedang memilih pakaian bersama pasangannya.

Kemudian wanita itu mengekori ke mana sahaja pasangan tersebut pergi sebelum pergi ke belakang mangsa dan membuka zip beg sandang tanpa disedari oleh pasangan berkenaan.

Video yang tersebut menerima pelbagai komen oleh netizen. Rata-rata mengecam wanita tersebut dengan kata-kata cercaan.

Menurut sumber, sebanyak 11 buah dompet berjaya ditemui tetapi kebanyakan duit telah diambil oleh suspek. Kegiatan suspek mula dikesan sejak tiga hari yang lalu di mana orang ramai membanjiri Jalan TAR dan kawasan sekitar untuk membuat persiapan terakhir menjelang hari raya.

Suspek juga masih belum berjaya ditahan dan masih aktif melakukan kegiatan samun. Orang ramai terutama wanita dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutama mereka yang mencurigakan. –KLICK.MY