Sensasi Terkini Viral

Wanita Gempal Ini Tepis Tohmahan Dengan Mengahwini Jejaka Korea Yang Tampan!

Walaupun berbadan gempal, namun wanita dari Indonesia ini telah bertemu jodoh dengan lelaki impiannya. Seakan-akan filem ‘Beuty & The Beast’ kisah cinta wanita ini benar-benar menarik perhatian.

Walaupun pernah diejek oleh rakan maya kerana dianggap tidak layak untuk seorang lelaki yang kacak memandangkan tubuh gempal dan wajahnya yang tidak cantik, namun benar cinta itu buta.

Cinta yang ikhlas tidak memandang rupa. Begitulah yang terjadi kepada Vera Nanda Putri apabila impiannya untuk berkahwin dengan jejaka K-pop akhirnya tercapai.

Tidak dinafikan jejaka dari Korea Selatan itu memiliki wajah yang tampan. Ceritanya bermula apabila Vera sering menonton rancangan popular Korea Selatan berjudul ‘Running Man’. Dia seakan-akan jatuh hati dan terpesona dengan budaya orang di sana.

Pada tahun 2015, dia membuat keputusan untuk pergi ke Korea Selatan dan mengikuti kursus bahasa di Universiti Kebangsaan Seoul. Tidak lama selepas itu, dia bertemu dengan seorang pereka grafik Korea bernama Jun.

Namun seperti biasa setiap hubungan tidak sah kalau tiada halangan. Oleh kerana perbezaan budaya, Vera mula tidak yakin. Tambahan pula hubungan mereka ditertawakan oleh rakan-rakan maya.

Walau bagaimanapun, Jun membuktikan keikhlasan cintanya kepada Vera apabila satu hari dia membuat panggilan telefon kepada ayah Vera meminta restu untuk mengahwini anaknya.

Selepas bapa Vera bersetuju, pasangan itu terbang ke Jakarta di mana Jun secara rasmi melamar Vera. Pasangan tersebut akhirnya berkahwin pada Februari lalu dalam dua majlis iaitu mengikut budaya Indonesia dan Korea.

Mereka memuat naik gambar perkahwinan mereka di Instagram. Lihat, jodoh ajal maut dan rezeki bukanlah di tangan kita. Ia semuanya sudah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat dan pedulikan apa tohmahan orang lain. Sebenarnya mereka cemburu dan dengki kerana mereka tidak setuah itu.-KLICK.MY