Luar Negara

Wanita Ditahan Tuang Peluntur Dalam Tiub Makanan Anak Sedang Kritikal

SEORANG wanita ditahan kerana cuba membunuh bayinya yang sedang kritikal dengan menuang peluntur dalam tiub makanan.

Brooke Evelyn Lucas, 26, dituduh cuba membunuh bayinya, William, yang lahir dengan masalah ‘sindrom Pierre Robin’.

Keadaan ini bermakna bayi berusia satu tahun itu, yang dilahirkan 14 minggu pramatang, memerlukan rawatan berterusan dan bantuan tiub untuk makan dan bernafas.

Menurut polis di Perth, Australia, ibunya ditangkap dan didakwa dengan niat untuk membunuh atau membahayakan nyawa manusia, berikutan kejadian yang didakwa.

Para pegawai percaya ibunya menuang peluntur ke dalam tiub anaknya pada 29 Disember lalu, kurang seminggu selepas dia dibenarkan keluar dari hospital, 9News Australia melaporkan.

William kemudian digegaskan ke hospital, tetapi selepas itu dilaporkan dibenarkan pulang.

Ibunya, beberapa hari sebelum itu telah membuat posting: “William telah dibenarkan keluar dari PCH dan akan meraikan Krismas pertamanya di rumah. Saya menangis selepas dia sakit pada Jumaat dan Sabtu dan dia perlu dimasukkan ke hospital.”

Ibunya, yang menggelarkan anaknya sebagai ‘keajaiban Krismas’ di media sosial ditahan dalam tahanan sehingga dibawa ke mahkamah buat kali kedua pada Isnin. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.