Jenayah Terkini

Wanita Dibunuh Bekas Pekerja Gara-Gara Dendam Dipecat

SEORANG majikan wanita dibunuh bekas pembantu rumahnya sendiri dipercayai akibat dendam kerana dipecat.

Metha Novita Handayani, 38 tahun, dilapor ditikam bekas pembantu rumah tangganya sendiri, Lina, 16 tahun, setelah berlaku perselisihan faham di antara mereka.

Metha dipercayai telah memecat Lina ekoran tindakannya yang sering membawa masuk kekasihnya Sarkoni Rifai, 23 tahun, untuk berasmara di dalam rumah.

Oleh kerana malu dengan jiran tetangga, Metha memberi kata dua kepada Lina sebelum memecatnya kira-kira empat bulan lalu.

Tindakan itu menimbulkan rasa marah pada Lina dan Sarkoni yang kemudian merancang untuk membunuhnya.

Mayat Metha ditemukan pada Khamis lalu dengan luka tusukan pada perut.

Menurut polis, kedua-dua suspek ditahan di sebuah rumah di daerah Temu Giring, Banyumanik, Semarang semalam sekitar pukul 9.30 pagi waktu tempatan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.