Sensasi Terkini Viral

Wanita Curi Contact Lense, Rakan Turut Terpalit Kena Tuduh

Gara-gara rakan yang mencuri, rakan-rakan lain turut terpalit kena tuduh sebagai pencuri. Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki bernama Mohammad Hafiz apabila dia turut dituduh bersama rakan wanita yang benar-benar mencuri.

Kejadian tersebut dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai tersebut dan ia menjadi tular di laman sosial. Rakaman tersebut menunjukkan seorang wanita bersama dua rakan perempuan dan seorang lelaki memasuki sebuah kedai di Berjaya Times Square.

Kelihatan mereka membelek-belek barangan yang dijual di kedai tersebut. Namun setelah membelek-belek salah seorang daripada mereka memasukkan sesuatu ke dalam beg tangan yang disyaki brangan yang dipamerkan di kedai berkenaan.

Setelah berjaya mencuri dia cuba lari ke kedai sebelah namun berjaya ditahan oleh pekerja kedai. Lapor laman Facebook Alat Keselamatan Peribadi-Safepro, suspek telah menolak dan memukul pekerja terbabit untuk melarikan diri.

Difahamkan, rakan-rakan suspek mahu membayar ganti rugi, namun tidak diterima dan suspek telah diserahkan kepada pihak polis.

Pemilik kedai juga telah mendakwa keempat-empat individu itu juga disyaki melakukan kegiatan yang sama di kedainya, berdasarkan rakaman CCTV.

Mohammad Hafiz yang merasakan tidak bersalah tampil menafikan dakwaan yang tidak berasas itu sedangkan keterangannya telah diambil dan juga disahkan tidak terlibat dalam kes tersebut. Malah dia sebenarnya langsung tudak tahu rakannya telah mencuri.

Jadi, berhati-hatilah ketika memilih kawan. Jangan sampai kerana kawan, kita yang tidak bersalah turut terpalit dituduh melakukan kesalahan.-KLICK.MY