Luar Negara Terkini

Wanita Cedera Parah Dilanggar Kereta Api, Lelaki Ini Sibuk Berswafoto

TIDAK salah nak berswafoto tetapi biarlah berpada-pada dan kena pada situasi dan keadaan sekeliling.

Beberapa hari yang lalu, satu kemalangan telah berlaku melibatkan seorang wanita Kanada yang cedera parah dilanggar kereta api dalam kejadian di utara Itali.

Pasaukan penyelamat bergegas ke sana untuk memberi bantuan.

Namun, seorang lelaki menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dia dengan selamba mengambil swafoto berlatabelakangkan kejadian tersebut.

Tindakan lelaki itu berjaya dirakam oleh seorang jurufoto berita yang menyifatkannya sebagai tidak beretika.

Susulan itu, lelaki berkenaan ditahan oleh pihak polis dan dipaksa memadam foto berkenaan.

Setelah siasatan dilakukan, dia masih tidak mahu mengaku bersalah.

Namun, foto perbuatan lelaki itu telah menjadi paparan utama akhbar di Itali dan tular di laman sosial.

Lelaki itu, Corriere della Sera dikatakan membuat tanda ‘V’ (kemenangan) menggunakan jarinya sewaktu merakamkan swafoto kontroversi berkenaan.

Wartawan, Girogio Lambri yang merakam kejadian itu berkongsi pengalamannya menerusi akhbar Liberta menggunakan tajuk berita ‘Sifat barbarik yang tidak dijangka: swafoto di hadapan tragedi.’

Kejadian itu berlaku di platform stesen kereta api Piacenza pada 26 Mei lalu.

Dalam pada itu, mangsa telah dibawa ke hospital dan kakinya terpaksa dipotong.—KLICK.MY

 

 

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.