Sensasi Terkini Viral

Wanita Cedera Fon Kepala Tiba-Tiba Meletup

Bayangkan tengah kusyuk mendengar lagu menggunakan fon kepala (headphone) tiba-tiba ia meletup. Mahu terkejut badak dibuatnya.

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang sedang menaiki pesawat apabila secara tiba-tiba fon kepala yang dipakainya meletup. Letupan itu menyebabkan sebahagian mukanya melecur.

Ketika kejadian, penumpang dalam penerbangan dari Beijing ke Melbourne itu sedang mendengar muzik menggunakan fon kepala sambil melelapkan matanya. Dia dikatakan terlena kira-kira dua jam apabila bateri fon kepala itu dipercayai meletup.

Melecur itu satu hal, bayangkan apa yang terjadi pada gegendang telinganya. Nasib baik gegendang telinga tidak pecah. Kalau tak, boleh pekak dibuatnya.

Gambar menunjukkan wanita berkenaan yang namanya tidak didedahkan dengan muka dan lehernya hitam kesan terbakar.

Mungkin letupan itu berlaku disebabkan baterinya yang terbakar. Bahaya juga peralatan yang menggunakan bateri ini. Sama seperti power bank dan telefon bimbit yang sering meletup secara tiba-tiba.

Kasihan wanita ini. Tak semena-mena dia menjad mangsa. Jadi, berhati-hatilah ketika menggunakan peralatan yang menggunakan bateri.-KLICK.MY