Sensasi Terkini Viral

Wanita Britain Berbogel Sambil Berlari Di Bangkok

‘Mat Saleh’ memang dikenali sebagai bangsa yang tidak kisah berbogel walaupun di hadapan orang ramai. Lihat sahaja kalau mereka berjemur di pantai, kalau boleh tak mahu seurat benang pun ada di badan.

Mungkin kerana tabiat itulah yang terbawa-bawa oleh seorang wanita British di Bangkok, Thailand. Namun, peliknya dia berbogel di tempat yang tidak sesuai iaitu di tengah-tengah jalan di kota raya besar seperti Bangkok.

Sudah pastilah gelagatnya menjadi tumpuan kepada orang ramai yang ada berdekatan. Mungkin menerima laporan daripada orang ramai, pihak polis mula bertindak mengejar wanita tersebut sehingga satu kilometer sebelum berjaya menangkapnya.

Setelah berjaya ditangkap, wanita bernama Leonie Graves terus diberi pakai sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan dibawa bertemu dengan pegawai kedutaan Britain.

Pasti ramai yang menyangka wanita ini mesti dalam keadaan mabuk atau mental namun alasan yang diberikannya amat mengejutkan. Dia mendakwa kepanasan sehingga menyebabkan dia bertindak berbogel.

Agak-agaknya boleh diterima akal tak alasan sebegitu? Malah dia siap meminta maaf atas perbuatannya itu telah menyusahkan orang ramai.

Gelagatnyanya berlari sambil berbogel itu sempat dirakam lensa kamera. Sendiri cari padah sendiri tanggung. Tak pasal-pasal glamour satu dunia dalam keadaan yang agak mengaibkan.-KLICK.MY

Tag