Sensasi Terkini Viral

Wanita Besi Siberia Ajar Pemandu Biadap

Pasti selepas kejadian ini, pemandu biadap yang diajar cukup-cukup oleh wanita besi dari Siberia ini serik dan tidak akan mengulanginya lagi.

Ceritanya bermula apabila seorang lelaki memandu kereta dengan cara berbahaya di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah.

Lelaki tersebut dengan biadapnya memberhentikan keretanya secara mengejut di depan kereta seorang wanita yang dikenali sebagai Oksana Kosheleva.

Rupa-rupanya wanita yang cuba dibulinya itu adalah wanita besi yang terkenal di Siberia dengan kekuatannya menarik lori, tram dan helikopter.

Berang dengan pemanduan bahaya itu, Oksana menarik lelaki berkenaan keluar dari keretanya, memikulnya dan memasukkan lelaki itu ke dalam tempat simpan barang keretanya. Dia kemudian memandu keluar dari kawasan itu dan meninggalkan lelaki itu di tepi jalan.

Menurut Siberian Times, ketika kejadian, rakan lelaki itu yang dikenali sebagai Artyom, merakam aksinya menunjukkan kebolehan memandu di kawasan letak kereta berkenaan.

Menurut Oksana dia memutuskan untuk ‘mengajar’ Artyom, bukan memukulnya. Manakala rakan lelaki yang merakam kejadian itu berkata dia tidak melawan kerana kenal wanita tersebut dan tahu kekuatannya.-KLICK.MY