Hiburan Terkini

Walaupun Dipalit Kontroversi, Neelofa Kekal Sebagai Ikon Wanita

AMBIL yang jernih buang yang keruh. Walaupun sebelum ini Neelofa pernah tersilap langkah, namun dia pun sudah meminta maaf dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

Justeru, bukanlah sesuatu yang pelik apabila usahawan tudung itu kekal sebagai ikon bagi Tahun Memperkasakan Wanita 2018 (TMW18).

Sebelun ini timbul khabar angin di sebuah blog mengatakan nama Neelofa bakal digugurkan sebagai ikon. Namun, perkara itu disangkal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu kenyataan.

“Pihak kementerian melihat segala sumbangan dan kejayaan yang telah diraih Neelofa sebelum ini dan percaya ia dapat memberi insipirasi kepada wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

“Kementerian melihat dari sudut yang positif apa yang akan disumbangkan oleh beliau untuk memperkasakan wanita,” menurut kenyataan itu malam tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, perbincangan antara pihak kementerian dan Neelofa dibuat sebelum beliau diumumkan sebagai Ikon TMW18.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk memberikan yang terbaik kepada wanita bagi memastikan setiap agenda dan program yang dirancang akan dapat dilaksanakan untuk terus memajukan wanita sempena TMW18,” katanya.

Pada 17 Januari lalu, Neelofa dilantik menjadi ikon TMW18, selain Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Datin Vivy Yusof.

Pemilihan tiga ikon ini dipilih sebagai penggerak dan pemaju TMW18 berdasarkan pencapaian mereka dalam bidang masing-masing. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.